KEMPEN GURU
PEMBELAJARAN
ABAD KE-21

KAEDAH PEMBELAJARAN KREATIF
YANG MEMBERI INSPIRASI!

KONGSIKAN KAEDAH PEMBELAJARAN KREATIF
DAN INTERAKTIF ABAD KE-21 ANDA DENGAN KAMI.

TERBUKA KEPADA GURU-GURU DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM).

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA!


Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 ini adalah untuk menggalakkan para guru untuk berkongsi kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 secara kreatif dan interaktif.

Inisiatif ini adalah untuk menggabungkan kaedah-kaedah pembelajaran yang unik dan menarik bagi memupuk 4K1N dalam kalangan pelajar di samping memberikan penekanan terhadap pencapaian akademik yang lebih baik.

Dalam konteks Malaysia, Pembelajaran Abad Ke-21 terbahagi kepada 4K1N iaitu:

  1. Komunikasi
  2. Pemikiran Kritis
  3. Kreativiti
  4. Kolaboratif
  5. Nilai Murni & Etika

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM), merupakan strategi menyeluruh untuk mengubah landskap pendidikan Malaysia. Di bawah PPPM ini terdapat pelbagai inisiatif yang merangkumi beberapa aspek tertentu daripada keseluruhan transformasi dan salah satu inisiatif adalah untuk membudayakan Pembelajaran Abad Ke-21.

OBJEKTIF KEMPEN


  1. Meningkatkan kesedaran terhadap Pembelajaran Abad Ke-21 dalam kalangan para guru.
  2. Menggalakkan para guru untuk mengaplikasikan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  3. Perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad Ke-21 kepada para guru dan masyarakat.

HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI!

7 x Hadiah Sagu Hati


Wang Tunai RM300
35 x Gogal VR
Plak & Sijil

CARA PENYERTAAN



KONGSIKAN KAEDAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ANDA DENGAN KAMI




*Untuk maklumat lanjut, sila lihat bahagian Terma & Syarat.

TERMA DAN SYARAT

KLIK DI SINI UNTUK SYARAT PENYERAHAN

HANTARKAN CERITA PAK21 ANDA